Refund Policy

Kami di Webdanads.com komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Berikut adalah polisi pembatalan dan pemulangan wang yang kami amalkan:

 

1. Pembatalan dan Pemulangan Deposit

i. Tempoh Pembatalan

  • Dalam Tempoh 3 Hari:
    Anda boleh membatalkan perkhidmatan dalam masa 3 hari selepas pembayaran deposit dilakukan. Jika pembatalan dibuat dalam tempoh ini, wang deposit akan dikembalikan sepenuhnya.

  • Selepas 3 Hari:
    Selepas 3 hari dari tarikh pembayaran deposit, wang deposit tidak akan dikembalikan kecuali atas sebab tertentu yang memenuhi kriteria refund seperti di bawah.

ii. Proses Pembatalan

Jika anda ingin membatalkan servis atau memohon pemulangan wang, sila hubungi kami melalui salah satu cara berikut:

 

 

2. Polisi Refund Jika KPI Tidak Dicapai (Servis Run Ads)

Jika hasil iklan tidak mencapai standard KPI yang telah dibincangkan sebelum kerja dimulakan, kami akan:

  1. Menunjukkan bukti usaha yang telah dilakukan oleh pasukan pemasaran (contoh: split test, strategi iklan).
  2. Bertanya kepada anda sama ada ingin meneruskan servis atau berhenti:
         Sekiranya anda memilih untuk meneruskan, kami akan memberikan diskaun 15% untuk servis seterusnya.
         Sekiranya anda memilih untuk berhenti, kami akan memulangkan 70% daripada jumlah pembayaran yang telah dibuat.

 

 

3. Servis Tidak Boleh Dikembalikan

Semua servis yang kami tawarkan tertakluk kepada terma dan syarat di atas, dan pemulangan deposit hanya boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari selepas pembayaran deposit atau berdasarkan kriteria refund KPI seperti dinyatakan.

 

4. Kos Pemulangan

Tiada kos tambahan untuk pembatalan dalam tempoh 3 hari selepas pembayaran deposit. Selepas tempoh tersebut, deposit tidak akan dikembalikan melainkan memenuhi polisi refund KPI.

 

5. Proses Pemulangan Wang

Jika pembatalan dibuat dalam tempoh yang dibenarkan atau memenuhi kriteria refund KPI, wang pembayaran akan dipulangkan ke akaun bank anda. Proses pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 7 hari bekerja selepas pembatalan disahkan.